Bayi perempuan masih bertali pusat ditemukan dalam beg biru di USJ

Bayi perempuan masih bertali pusat ditemukan dalam beg biru di USJ

hafidzul@hmetro.com.my

Subang Jaya: Bayi perempuan yang masih hidup dan bertali pusat ditemui di luar tepi sebuah rumah di Jalan USJ 9/5K di sini, hari ini.

Polis menerima maklumat berhubung penemuan itu daripada orang awam jam 10.27 pagi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan awal mendapati bayi perempuan yang cukup sifat itu ditemui di dalam sebuah beg berwarna biru.

“Bayi itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan urinya masih berdarah.

“Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, malam ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bayi berkenaan mempunyai berat 2.6 kilogram (kg) dan panjang 43 sentimeter.

“Bayi kini dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan stabil,” katanya.

Wan Azlan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran atau meninggalkan bayi dengan niat untuk membuangnya.

“Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan.

“Orang ramai boleh menghubungi Inspektor Vanitha T Balakrishnan di talian 017-2229832 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-7862 7222,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top