Bekas pekerja khidmat harian didakwa lakukan penderaan seksual kanak-kanak OKU

Bekas pekerja khidmat harian didakwa lakukan penderaan seksual kanak-kanak OKU
Bekas pekerja khidmat harian didakwa lakukan penderaan seksual kanak-kanak OKU

Suspek ditahan kerana didakwa melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun. Gambar hiasan

TOKYO – Seorang bekas pekerja khidmat harian kanak-kanak kurang upaya (OKU) ditahan kerana didakwa melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun.

Difahamkan suspek membawa kanak-kanak perempuan kurang upaya itu ke apartmennya sebelum melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

Menurut polis Tokyo, suspek turut merakam aksi kejadian menggunakan telefon pintar miliknya.

Suspek yang juga penduduk Tokyo menafikan dakwaan itu dan memberitahu pegawai penyiasat bahawa dia tidak ingat kejadian tersebut kerana berlaku sekitar Februari 2024.

Bagaimanapun, pihak polis telah menemui video yang menunjukkan ramai kanak-kanak kurang upaya menjadi sasaran perbuatan seksual suspek.

Susulan itu, pihak berkuasa sedang giat menjalankan siasatan berhubung berkaitan video- video berkenaan dengan suspek. – Agensi.

Artikel Disyorkan

Scroll to Top