Bekas pengacara didakwa sengaja langgar kereta orang, buang sampah merata?

Bekas pengacara didakwa sengaja langgar kereta orang, buang sampah merata?

Tular sebuah video memaparkan tindakan seorang wanita dilihat sengaja melanggar atau menggesel sebuah kereta berwarna hijau yang sedang diparkir di tepi jalan.

Menerusi video tular di aplikasi TikTok, akaun @boom.malaysia mendakwa wanita tersebut merupakan bekas personaliti TV yang dipercayai juga seorang usahawan selebriti.

@boom.malaysia

Space bukan main besar lagi, kenapa sampai macam tu sekali? #boom #boommalaysia #artismalaysia #artist #top #celebrity #star #icon #idol #no1 #influencer #news #viral #trending #fyp #accident #kecoh • p/s : minta halalkan video yang kami ambil ya. • 📹 Kredit : • Untuk kredit atau apa-apa berkenaan video, sila DM min dulu ya 🙏

♬ original sound – Boom! Malaysia – Boom! Malaysia

Berdasarkan percakapan perakam, kereta berwarna hijau yang dirosakkan itu adalah milik rakannya selain turut merakam papan tanda bangunan dipercayai jenama syarikat perniagaan milik wanita berkenaan.

Malah, perakam juga mendakwa wanita terbabit senjaga membuang sampah merata-rata di atas jalan termasuk peralatan tajam seperti pisau.

“Ni kereta kawan I, parking di sini. Ni wanita (sambil merakam bangunan) yang datang tadi. Jalan bersepah penuh dengan sampah, pisau.. sebab orang parking kat depan sini,” katanya.

Video berdurasi sekitar dua minit itu 407,300 tontonan selain ratusan komen netizen yang rata-rata meninggalkan pelbagai reaksi berhubung insiden tersebut.

Walau bagaimanapun, perakam itu tidak menyebut nama sebarang individu sebaliknya terdapat beberapa individu membuat spekulasi sendiri.

Sumber: TikTok @boom.malaysia, Facebook Careta