Bekas PM Korea Selatan, Lee Hong-koo meninggal dunia pada usia 92 tahun

Bekas PM Korea Selatan, Lee Hong-koo meninggal dunia pada usia 92 tahun
Bekas PM Korea Selatan, Lee Hong-koo meninggal dunia pada usia 92 tahun

Lee Hong-koo meninggal dunia pada Selasa pada usia 92 tahun.

SEOUL – Bekas Perdana Menteri Korea Selatan Lee Hong-koo, seorang sarjana yang menjadi ahli politik dan berperanan penting dalam bidang akademik serta kerajaan, meninggal dunia pada Selasa pada usia 92 tahun.

Beliau mendapat pendidikan di Seoul National University, Emory University dan Yale University. Lee dikenali sebagai ahli sains politik yang dihormati semasa berkhidmat sebagai profesor di Seoul National University pada 1970-an dan 1980-an.

Beliau mula menyertai perkhidmatan awam di bawah pentadbiran Roh Tae-woo pada 1988 sebagai Menteri Penyatuan, sebelum kemudian berkhidmat sebagai pembantu presiden dan duta ke United Kingdom.

Semasa pentadbiran Kim Young-sam beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-28 Korea Selatan pada 1994.

Lee turut berkhidmat sebagai duta ke Amerika Syarikat dari 1998 hingga 2000, membantu usaha diplomatik selepas krisis kewangan Asia.

Beliau meninggalkan seorang isteri, dua anak perempuan dan seorang anak lelaki. Upacara pengebumian dijadualkan pada Jumaat. – Bernama/Yonhap

Scroll to Top