am@hmetro.com.my
Muar: Bekas tahanan penjara Guantanamo, Mohammed Nazir Lep, 49, selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangannya di Kampung Jeram Masjid hari ini.
Majlis dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat yang berkongsi kebahagian dengan Mohammed Nazir memulakan fasa baharu kehidupannya.
Anak saudaranya, Muhammad Hazizi Najib, 37, berkata keluarga gembira melihat Mohammed Nazir atau Pak J akhirnya berkahwin selepas sekian lama diuji dengan pelbagai dugaan.
“Berbanding sebelum ini dia menjadi lebih pendiam namun kemesraan itu masih sama. Pak J menasihati kami dari sudut ilmiah dan kehidupan.
“Alhamdulillah semua ahli keluarga memang memberi sokongan kepadanya. Ketika balik Disember tahun lalu, Pak J nampak kurus sekarang sudah berisi.
“Kami sekeluarga memang menunggu saat ini. Pakcik Nazir seorang yang kuat semangat dan tabah, jadi kami doakan dia bahagia bersama isterinya sampai ke akhir hayat,” katanya ketika.
© New Straits Times Press (M) Bhd




