Pelakon Fattah Amin selamat diijabkabulkan dengan penyanyi Amira Othman dengan sekali lafaz dalam satu majlis serba indah yang diadakan di Sepang sebentar tadi.
Pasangan itu dinikahkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan disaksikan bapa pengantin perempuan.
BACA: “Tiada Majlis Pertunangan, Mereka Pilih Bercinta Selepas Nikah” – Pengurus
Dalam majlis tersebut, Amira menerima mas kahwin seutas gelang tangan emas dan pihak lelaki memberi lima dulang emas dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.




