Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mencuri perhatian apabila berkongsi sepotong video pendek di platform TikTok miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Bella atau nama penuhnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah kelihatan sempat merakam gelagat anak sulungnya, Mohamed Ayden Adrean yang khusyuk bercerita mengenai taman tema yang pernah dikunjunginya kepada Syed Saddiq.
“Apabila dia mula bercakap, dia tidak akan berhenti.
“Dia kata nak pinjam 20 minit, tapi sebenarnya dia tengah cakap. Ayden… Ayden,” tulisnya.
Video berdurasi lebih satu minit itu kemudian dihujani dengan pelbagai respons warganet yang rata-ratanya terhibur melihat telatah Ayden dan Syed Saddiq.
Malah, ramai yang berseloroh mengatakan kepetahan Ayden persis Ahli Parlimen Muar itu.









