Bendahari Agung Bersatu direman SPRM

Bendahari Agung Bersatu direman SPRM

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menahan Bendahari Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohamed Salleh Bajuri  bagi membantu siasatan berhubung siasatan ke atas akaun parti itu yang kini dibekukan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan penahanan itu  bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Satu sumber lain memberitahu Utusan Malaysia, reman terhadap pemimpin pati itu  dilakukan SPRM selama dua hari sejak kelmarin  selepas dia hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Reman berkenaan sepatutnya tamat hari ini namun akan dilanjutkan bagi siasatan lanjut bergantung kepada keperluan siasatan. Ya reman dua hari, mungkin SPRM akan sambung reman lagi,” kata sumber itu  ringkas.- UTUSAN

 

Scroll to Top