Berat Badan Naik 14 KG Ketika Hamil Anak Pertama, Tyra Kamaruzzaman Berseloroh Dah Tak ‘Hot’ & Seksi

Berat Badan Naik 14 KG Ketika Hamil Anak Pertama, Tyra Kamaruzzaman Berseloroh Dah Tak ‘Hot’ & Seksi

Pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman tidak menyangka berat badannya akan naik sebanyak 14 kilogram (kg) ketika sedang hamil anak pertama.

Menerusi sebuah video di TikTok, Tyra berseloroh mengatakan dirinya sudah tidak ‘hot’ dan seksi kerana perubahan fizikal badannya yang dikatakan semakin mengembang.

“Saya naik berat 14 kg. Hidung saya macam roti naik, pipi macam takotao. Bibir saya macam selipar jamban. Saya ingat saya tak akan kembang selepas mengandung. Saya ingat saya insan terpilih.

“Tengok saya sekarang nampak macam kena pam sepuluh kali. Kita dah tak hot, dah tak seksi,” ujarnya berseloroh.

@tyrakmrzzmn

saya naik berat 14kg. hidung saya macam roti naik. pipi saya macam tako tao. bibir saya macam selipar jamban

♬ original sound – tyrakmrzmn – tyrakmrzmn

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata semangat kepada Tyra untuk menikmati momen berbadan dua ini.

Sekadar info, Tyra mendirikan rumah tangga bersama pereka fesyen, Emran Rijal pada tahun lalu.

Scroll to Top