Bertahun2 tunggu, Umie Aida terharu Nora Danish sertai Festival Sunnah

Bertahun2 tunggu, Umie Aida terharu Nora Danish sertai Festival Sunnah

Selebriti, Datin Seri Umie Aida terharu Nora Danish sertai Festival Sunnah selepas bertahun-tahun menantikan detik tersebut.

Akhirnya bersetuju sertai

Menerusi hantaran yang dibuat Umie di Instagram, dia menyatakan yang Nora telah bersetuju untuk bersama-sama barisan selebriti yang lain untuk berada di Festival Sunnah yang sudah dianjurkan beberapa tahun lalu.

“Alhamdulilah bertahun2 muu ..ku menanti kehadiran mu utk program Festival Sunnah. Yeaayyy.. akhirnya Nora Danish sudah lock date 5/10/2024 festival sunnah di kedah. InsyaAllah… “ tulisnya.

Umie Aida terharu Nora Danish ke Festival Sunnah

Difahamkan, majlis ilmu yang dihadiri golongan muslimat itu bakal berlangsung di Kedah pada tahun ini pada Oktober nanti.

Perkongsian yang dibuat Umie Aida telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata berasa gembira melihat perubahan yang lebih baik Nora apabila bersama circle yang sama-sama mengajak ke arah kebaikan.

Artikel lain: Nora Danish mohon doa kekal istiqamah- “Saya takut nak beritahu sudah bertudung sepenuhnya..”

Umie Aida terharu Nora Danish dengan Nora, ramai peminat turut gembira sama

 

 

Cantiknya Nora Danish

Umie Aida terharu Nora Danish

Penampilan terbaru Nora Danish atau nama sebenarnya,  Nora Mohd. Danish Hanif, 42 yang cantik bertudung telah mendapat perhatian ramai.

Dia yang masih lagi dalam iddah apabila berpisah talak satu dengan bekas suami, Nedim Nazri pada 19 Jun lalu selepas 7 tahun mendirikan rumah tangga memohon agar orang ramai dapat mendoakannya supaya istiqomah dalam menjalani kehidupan baru.

Sumber: Instagram umieaida9