Korang perasan tak, sekarang pergi kedai rasa dah tak macam dulu. Dulu masuk ambil, bayar, balik. Sekarang?
Korang dah mula kena baca label. Tengok gram. Compare dua produk yang nampak sama tapi harga lain. Tengok promo betul-betul berbaloi ke atau marketing je?
Kalau korang rasa perbuatan ni pelik, no worries sebab korang tak keseorangan.
Rupanya bukan korang sorang yang buat benda tu.
Baru-baru ni, video KJ tengah jalan-jalan dalam kedai runcit , tengok harga mula beredar di medis sosial. Beliau compare, tengok saiz, tengok value paling best netizen pun tak ketinggalan komplen pada ruangan komen.


Bukan semua orang boleh relate dengan KJ. Ramai relate sebab dia buat benda yang dah jadi tabiat rakyat Malaysia sekarang: Check value sebelum beli.
KENAPA RAMAI BUAT BENDA SAMA SEKARANG
‘Cost of living’ bukan isu baru tapi cara orang Malaysia respon apa yang dah berubah.
Dulu orang tengok harga. Sekarang orang tengok harga per gram. Dulu ambil promo sebab nampak menarik. Sekarang kira dulu free 20g tu betul-betul jimat ke atau harga asal dia dah naik?
Snek yang nampak biasa kat rak kedai, bila beli setiap minggu, setiap bulan memang terasa kalau tak pandai pilih. Dan orang ramai dah mula notice satu lagi benda: sesetengah produk nampak sama dari luar tapi bila dibuka… saiz tak sama macam dari dulu.
MAMEE MENDENGAR, CEO SPORTING DUDUK DAN JAWAB

Panggilan KJ telah membawa Pierre Pang, Pengarah Eksekutif Kumpulan Mamee-Double Decker muncul dalam satu episod podcast untuk berbincang secara terbuka.
Lebih menarik, Pierre tidak mengelak soalan yang diberikan malah menjawabnya dengan jelas. Boleh dikatakan ini antara episod yang paling mendapat perhatian kami kerana ia mengulas tentang masalah pengguna.
Pierre dalam temu bual menjelaskan tentang realiti yang pengguna selalu tidak nampak: kos operasi. Dari bahan mentah, pembungkusan, logistik, sampailah ke rak kedai banyak berlaku sebelum produk tu sampai ke tangan kita.
Dalam keadaan kos yang makin naik, syarikat kena buat keputusan sama ada naikkan harga, atau absorb kos tu sendiri untuk pastikan pengguna tak terlalu terasa.
“Barang dekat rak nampak simple, tapi disebaliknya ada banyak keputusan yang pengguna tak nampak.”
Ini bukan kali pertama Mamee hadapi cabaran seumpamanya . Sebagai syarikat Malaysia yang bertapak lebih 50 tahun dalam industri dengan produk seperti Mister Potato yang telah jadi kegemaran ramai pressure untuk kekal affordable dan accessible memang sentiasa ada.
Pengguna sekarang semakin bijak, mereka bukan nak syarikat mengatakan “kami faham kesusahan anda.”
Mereka nak tahu: apa yang brand lakukan?
KJ masuk kedai check harga snack. Content ke survey?
Mungkin dua-dua. Tapi yang penting, KJ berjaya spark satu perbualan yang ramai Malaysia rasa dekat dengan kehidupan harian mereka.
Sebab sekarang, cari value bukan lagi pilihan ia kini merupakan survival skill.
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.




