“Bila Lahir Baru Kita Umumkan” – Neelofa Pilih Tak Umum Kehamilan

Selebriti popular, Neelofa berkata dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengumumkan kehamilan meskipun ramai peminat sudah membuat spekulasi.

Memetik Astro Gempak, Neelofa berkata dia hanya akan berkongsikan berita gembira selepas kelahiran serta meminta mendoakan yang baik-baik.

BACA: “Terpulang Pada Lidah Masing-Masing” – Neelofa Terbuka Terima ‘Review’ Jujur Nasi Ayam Ibu

“Bukan speku, mungkin dah ramai dah dapatagak, dah nampak. Saya tak perlu ada pengumuman. Saya tak pernah buat pengumuman pun untuk mana-mana anak.

“Nanti bila melahirkan baru kita umumkan. Itu yang yang terbaik. Sebab selagi anak tak melahirkan, apa-apa saja boleh terjadi kan? Jadi semua orang boleh nampak badan saya berubah, saiz pun berbeza.

“Jadi yang terbaiklah doa sahajalah. Doasupaya proses sepanjang perjalanan ni dipermudahkan, sihat, dan melahirkan… nanti seterusnya fasa seterusnya pun dipermudahkan,” katanya.

Sementara itu, Neelofa berkata soal jantina anak yang bakal lahir juga adalah privasi mereka dan ianya hanya dikongsikan dengan keluarga sahaja.

“Itu lagilah saya tak kongsi. Private lah. Saya buat itu pun masa private dengan famili Haris, adik-beradik dia dengan famili saya… sepupu kami pun tak ada,” katanya.

Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Sumber: Astro Gempak


Scroll to Top