Hari ini, kecoh di media sosial pelakon popular, Fasha Sandha terlibat dalam satu kemalangan sewaktu di set penggambaran ketika melakonkan sebuah drama terbaharunya, Anak Tuan.
Difahamkan, aktres yang berusia 38 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian mata dan kepalanya yang terhentak di bucu katil tajam selepas ditolak oleh pelakon Azhar Rani ketika menjayakan sebuah babak lakonan.
Susulan itu, ramai peminat dan artis meluahkan rasa kebimbangan terhadap keadaan Fasha Sandha atas kecederaan yang dialaminya termasuklah aktor Fizz Fairuz.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Fizz di laman Instagramnya, dia menitipkan nasihat buat kepada pelakon agar lebih berhati-hati ketika bekerja di set penggambaran.
Bukan itu sahaja, dia turut meluahkan rasa simpati terhadap penggiat seni kerana terpaksa akur kerana menanggung sendiri segala risiko yang ada memandangkan tidak mempunyai sebarang kwsp, socso serta perkeso.
“Allah, acting tak yah la beria sangat, lakonan ada asasnya. Itu la dia, bila masing-masing nak tunjuk hebat..inilah makannya.
“Tapi malang tak berbau, inilah nasib anak seni. Kwsp, sokso,perkeso tiada. Seniman tak gerak pun dari dulu, yang merana artis kena tanggung sendiri. Kalau mampu, tak mampu mereput dalam rumah. Faham-faham jelah,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak setuju dengan pendapat yang dikeluarkan oleh aktor yang berusia 43 tahun itu memandangkan insiden tersebut terjadi dengan secara tidak sengaja.
Dalam pada itu, disebalik kritikan yang dilemparkan, ramai yang mendoakan agar Fasha Sandha segera sembuh dan diharapkan segala urusannya dipermudahkan.
Sumber: Instagram @fizzfairuzofficial