BN umum bertanding 25 kerusi DUN Negeri Sembilan

BN umum bertanding 25 kerusi DUN Negeri Sembilan

am@hmetro.com.my

Seremban: Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini menyaksikan Barisan Nasional (BN) bakal bertanding di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 36 yang diperuntukkan.

Dalam Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN malam tadi, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan 16 kerusi ditandingi calon daripada UMNO, manakala tujuh kerusi MCA dan dua lagi oleh MIC.

Menurutnya, beberapa pengumuman lain akan dibuat dalam masa terdekat berhubung kerusi yang masih kosong. Senarai penuh calon BN dan kerusi yang masih kosong seperti berikut:

JELEBU

N01 Chennah – Siow Kong Choon (MCA)

N02 Pertang – Datuk Seri Jalaluddin Alias (UMNO) – Penyandang

N03 Sungai Lui – Mohd Razi Mohd Ali (UMNO) – Penyandang

N04 Klawang –

JEMPOL

N05 Serting – Belum umum

N06 Palong – Datuk Mustapha Nagoor (UMNO) – Penyandang

N07 Jeram Padang – Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (UMNO) – Penyandang

N08 Bahau – Chong Fui Ming (MCA)

SEREMBAN

N09 Lenggeng – Datuk Mohd Asna Amin (UMNO) – Penyandang

N10 Nilai – Lai Chien Kong (MCA)

N11 Lobak – Belum umum

N12 Temiang – Leaw Kok Chan (MCA)

N13 Sikamat – Belum umum

N14 Ampangan – Belum umum

KUALA PILAH

N15 Juasseh – Datuk Ismail Lasim (UMNO)

N16 Seri Menanti – Muhammad Sufian Maradzi (UMNO) – Penyandang

N17 Senaling – Mohamad Qayyum Abd Jalil (UMNO)

N18 Pilah – F Leza Md Yasin (UMNO)

N19 Johol – Datuk Saiful Yazan Sulaiman (UMNO) – Penyandang

RASAH

N20 Labu – Siti Nur Umaira Hasim (UMNO)

N21 Bukit Kepayang – Belum umum

N22 Rahang – Yap Siok Moy (MCA)

N23 Mambau – Belum umum

N24 Seremban Jaya – R T Thinalan (MIC)

REMBAU

N25 Paroi – Belum umum

N26 Chembong – Datuk Zaifulbahri Idris (UMNO) – Penyandang

N27 Rantau – Datuk Seri Mohamad Hassan UMNO – Penyandang

N28 Kota – Suhaimi Aini (UMNO) – Penyandang

PORT DICKSON

N29 Chuah – Pau Jeou Ching (MCA)

N30 Lukut – Belum umum

N31 Bagan Pinang – Belum umum

N32 Linggi – Datuk Mohd Faizal Ramli (UMNO) – Penyandang

N33 Sri Tanjung – A Achutan (MIC)

TAMPIN

N34 Gemas – Belum umum

N35 Gemencheh – Suhaimizan Bizar (UMNO) – Penyandang

N36 Repah – Koh Kim Swee (MCA)

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top