am@hmetro.com.my
Seremban: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempertahankan kerusi tradisinya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ini.
Perkara itu diumumkan beliau sendiri pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN bagi PRN Negeri Sembilan di sini, malam ini yang turut dihadiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara itu Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias terus dicalonkan di kerusi disandang beliau di DUN Pertang.
Bagaimanapun tiada calon diumumkan bagi kerusi DUN Gemas yang sebelum ini dikatakan bakal ditandingi bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Terdahulu, pada majlis itu Mohamad mengumumkan BN akan bertanding di 25 kerusi berbanding 36 kerusi DUN yang diperuntukkan, dengan UMNO mengambil 16 kerusi, MCA tujuh kerusi dan MIC dua kerusi.
Tanpa mengulas lanjut pembahagian kerusi itu, beliau berkata, akan beberapa pengumuman lain yang dibuat dalam masa terdekat berhubung calon untuk kerusi yang masih kosong.
© New Straits Times Press (M) Bhd




