Budak2 buat perangai di ‘event’ kereta, tak dengar kata hingga patah cermin sisi

Budak2 buat perangai di ‘event’ kereta, tak dengar kata hingga patah cermin sisi

Penganjuran ‘event’ kereta, Retro Havoc di Mutiara Damansara, Petaling Jaya minggu lalu pastinya menjadi perhatian buat pencinta kenderaan tersebut sehingga dimaklumkan puluhan ribu yang telah hadir.

Walau bagaimanapun, menerusi posting yang tular di TikTok, beberapa pengunjung dan pemilik kereta mengeluh kerana kenderaan yang telah make up serta mengeluarkan modal yang cukup besar ‘jahanam’ sewaktu event tersebut.

Tindakan kurang matang sesetengah pengunjung terutamanya budak-budak muda mengakibatkan kerugian yang cukup besar namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana pelaku gagal dikenal pasti.

Menjengah ke TikTok Garasi Ecodent, dia telah menyatakan bahawa pihak penganjur dan pemilik kereta sudah memesan supaya tidak menyentuh kereta yang dipamerkan sesuka hati, namun sesetengah BBNU dilihat ‘selamba’ duduk di bonet kereta.

Dia juga menunjukkan cermin sisinya yang sudah patah dan bertampal disebabkan tindakan kurang bijak pengunjung.

@garasiecodent

Dah cakap jangan sentuh . dia duduk terus… #retrohavocofficial #retrohavoc2023 #alfaromeo #w202

♬ bunyi asal – Aliff 🦐 – Aliff 🦐

Pengguna TikTok dikenali sebagai @admsrzl juga berkongsi kesan-kesan tapak tangan yang ditinggalkan pengunjung sehingga ada spoiler patah disebabkan mereka.

Dalam pada itu, dia juga mengatakan yang pita halangan yang diletakkan tidak langsung diendahkan oleh sesetengah pengunjung kerana mereka tanpa rasa bersalah memasuki ruangan tersebut.

@admsrzl

Sedih tgk kereta di sentuh sesuka hati…..kesian owner berhabis duit, sampai ada yang spoiler patah 🥲 #retrohavoc #problem #fypシ

♬ original sound – ِ – ِ

Mana tidaknya, ketika event tersebut, ramai budak-budak muda dilihat berlari setiap kali mendengar deruan ekzos kereta bagi merakam bunyi dan demonstrasi tanpa memikirkan kereta-kereta lain yang berada di tempat pameran.

Walaupun sudah diberi amaran, mereka seperti begitu teruja sambil tangan masing-masing memegang telefon bimbit.

@mr_kepakunifi

jgn lari2 next time kene kereta calar patah siapa nak jawab bukan marah nasihat 👍 #retrohavoc2023 #budaksunatlazer #fyp #jgnkoyak

♬ original sound – Sonic – Sonic

Justeru itu, menenerusi salah satu posting tersebut, ramai yang mengecam tindakan budak-budak baru nak up yang begitu berlebihan sewaktu hadir ke event kereta berkenaan.

Mereka seolah-olah hilang pertimbangan dan langsung tidak mengendahkan kereta-kereta yang pastinya berharga ratusan ribu dan mungkin mencecah jutaan ringgit yang dipamerkan untuk tatapan pengunjung.

 

 

 

 

 

Sumber: TikTok GarasiEcodent, admsrzl, mr_kepakunifi

 

Scroll to Top