‘Bukan mudah bentuk kerajaan baharu’ – Najib – Utusan Digital

‘Bukan mudah bentuk kerajaan baharu’ – Najib – Utusan Digital

BEIRUT: Najib Mikati yang sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Lubnan mengatakan beliau masih berdepan rintangan besar untuk membentu kerajaan baharu.

Gulf News melaporkan, ini termasuk ‘kehadirannya’ dalam pentadbiran kerajaan ketika ini di tengah-tengah krisis ekonomi dan politik yang mendalam.

Najib, orang ketiga yang dipilih untuk membentuk pentadbiran sejak tahun lalu, memberitahu rangkaian televisyen Al Hadath bahawa keadaan di Lubnan tetap teruk.

Membentuk kerajaan adalah langkah pertama yang diperlukan bagi mendapatkan sokongan antarabangsa untuk membantu mengeluarkan Lubnan daripada krisis dalamannya sejak perang saudara tahun 1975-1990.

Matawang jatuh teruk sementara bekalan ubat-ubatan dan bahan bakar juga kehabisan.

Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah, sebuah gerakan Syiah mengatakan penghantaran bahan bakar dari Iran sedang dalam perjalanan untuk membantu kekurangan bekalan di negara ini.

Ditanya mengenai komen Nasrallah, Najib mengatakan bahawa beliau menentang apa sahaja yang akan membahayakan kepentingan Lubnan.

“Kami tidak akan membiarkan siapa pun membawa kami ke sekatan baru,” katanya.

Scroll to Top