“Bukan Sebab Peminat Sana..” – Shila Amzah Bawa Keluarga Pindah Ke China, Nafi Merajuk Dengan Malaysia

“Bukan Sebab Peminat Sana..” – Shila Amzah Bawa Keluarga Pindah Ke China, Nafi Merajuk Dengan Malaysia

Oh! Artis

Shila Amzah mahu ada lebih masa dengan anak-anak.

Umum sedia maklum, penyanyi Shila Amzah memang sangat dikenali di negara China. Beliau mempunyai peminat yang tersendiri sehingga menerima pelbagai tawaran kerja di sana.

Terbaru, penyanyi ini dilaporkan bakal membawa keluarganya berhijrah ke China. Memetik laporan Berita Harian, mereka akan berpindah selewat-lewatnya pada penghujung tahun depan.

Shila Amzah penat berulang alik ke China

Katanya, keputusan untuk berhijrah disebabkan aturan kerjaya, keluarga dan rezeki yang kini terbuka luas di China.

Shila Amzah China

Penyanyi ini turut menafikan dakwaan kononnya terasa hati kerana bakatnya tidak dihargai di Malaysia.

Shila menegaskan, peminat di Malaysia tetap penting dalam perjalanan seninya. Malah, dia masih aktif menghasilkan karya berbahasa Melayu.

Sebenarnya, saya pernah menetap di China bermula 2012 ketika perkahwinan pertama dan tinggal di sana hampir lapan tahun. Selepas itu saya pulang ke Malaysia, kemudian dunia dilanda pandemik COVID-19 dan ketika itu memang tiada rezeki di sana. Jadi, ini bukan soal dihargai atau tidak. Di mana ada rezeki, di situlah saya akan pergi.

Difahamkan, Shila kini dalam proses meneliti satu kontrak baharu di China. Perjanjian itu masih belum dimuktamadkan kerana peguamnya sedang menyemak kandungan kontrak berkenaan.

Shila

Walaupun belum dapat mendedahkan butiran lanjut, Shila memberi bayangan bahawa kontrak tersebut melibatkan tempoh yang agak panjang.

Dalam masa sama, faktor keluarga turut menjadi sebab utama mengapa Shila mahu membawa anak-anaknya bersama.

Katanya, rutin berulang-alik antara Malaysia dan China sejak kebelakangan ini semakin memenatkan, selain membuatkan masa bersama anak-anak menjadi terlalu singkat.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top