“Bukan Sekadar Bagi Pancing Tapi Bot Laju”- MISI Sasar Lahirkan Masyarakat India Berkemahiran Tinggi | Branded – Oh! Media

“Bukan Sekadar Bagi Pancing Tapi Bot Laju”- MISI Sasar Lahirkan Masyarakat India Berkemahiran Tinggi | Branded – Oh! Media

Setiap impian bermula dengan satu peluang.

Melalui inisiatif Malaysian Indian Skills Initiative (MISI), ia membuka peluang kepada masyarakat India di negara ini untuk mendapatkan latihan kemahiran dan pekerjaan dalam lembaran baru kehidupan.

MISI bukan sekadar satu program, ia adalah jambatan antara potensi dan pencapaian, antara impian dan kenyataan.

Dilaksanakan melalui agensi seperti HRDCorp dan TalentCorp, inisiatif ini memberi tumpuan kepada latihan kemahiran, peluang pekerjaan serta pembangunan kerjaya.

Kekuatan sebenar MISI bukan terletak pada angka atau laporan pencapaian, sebaliknya ia terletak pada kisah kejayaan manusia di sebaliknya. Inilah semangat MISI, satu inisiatif yang bukan sekadar melatih tangan untuk bekerja, malah ia membangunkan keyakinan, maruah dan masa depan mereka.

Pravin Raj A/L Muralitharan: “Gaji Pertama Saya Untuk Mak”

93549

Selepas ayahnya terlibat dalam kemalangan dan tidak lagi mampu bekerja, Pravin Raj A/L Muralitharan tahu dia perlu menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga, menggantikan ayahnya.

“Mak saya kerja seorang diri. Saya tengok dia penat setiap hari. Masa tu saya janji, saya mesti bantu dia,” katanya.

Sebagai seorang graduan muda, Pravin pernah mengalami situasi di mana dia menganggur untuk beberapa bulan.

Sehinggalah dia menjumpai dan menyertai Program MiSI, yang kemudian mengubah kehidupannya.

Menerusi program ini, Pravin mengikuti Software Developer Programme dalam bidang teknologi maklumat, latihan intensif yang melengkapkan dirinya dengan kemahiran sebenar dalam industri.

Tidak lama selepas menamatkan latihan, Pravin berjaya mendapat pekerjaan sebagai Software Engineer di salah satu syarikat IT terkemuka, DELL Global Business Centre Sdn. Bhd., dengan gaji RM5,100 sebulan.

“Hari saya dapat kerja tu, saya terus telefon mak. Dia menangis. Tapi kali ni sebab gembira,” katanya sambil tersenyum.

Kini, Pravin bukan sahaja dapat membantu keluarganya, malah juga menjadi contoh untuk masyarakat bagaimana peluang dan latihan yang betul boleh mengubah hidup seseorang.

“Bukan Sekadar Bagi Pancing Tapi Bot Laju”- YB Steven Sim

Pravin adalah sebahagian daripada 1,500 pelatih MISI sepanjang tahun 2025 di bawah HRD Corp dan TalentCorp, dua agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Program MISI, disokong penuh kerajaan dengan memberi tumpuan kepada latihan berkemahiran tinggi serta penempatan kerja dalam sektor strategik seperti E&E, teknologi maklumat, AI dan keselamatan siber.

Majoriti peserta berjaya memperoleh pekerjaan pertama dengan gaji antara RM2,000 hingga RM6,000.

“Matlamat MISI ialah memastikan latihan kemahiran yang diberikan benar-benar memberi impak dan mampu mengubah kehidupan mereka.”

“Kita bukan sekadar beri ikan atau pancing, tapi bagi bot laju dan jala besar supaya mereka dapat meningkatkan taraf hidup mereka secara berterusan.” – Yang Berhormat Steven Sim.

“Enough of giving tokens to Indians. We must move the needle, change their life, change a whole generation.”

Semoga usaha kerajaan ini dapat direbut sebaik mungkin juga menjadi inspirasi buat anak muda untuk menuntut ilmu dan kemahiran bagi mengubah kehidupan diri dan juga keluarga.

Maklumat lanjut mengenai MISI, anda boleh layari https://www.misiofficial.com/.

author avatar

Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Scroll to Top