“Bukanlah Saya Nak Jadi Pelakon Atau Penyanyi” – Bekas Isteri Nubhan Jelaskan Isu Mahu Jadi Selebriti

“Bukanlah Saya Nak Jadi Pelakon Atau Penyanyi” – Bekas Isteri Nubhan Jelaskan Isu Mahu Jadi Selebriti

Oh! Artis

Bekas isteri Nubhan, Dr Fie menjelaskan dia perlu buat dua tiga kerja untuk keselesaan hidup.


Bekas isteri penyanyi Nubhan Ahamad, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, yang semakin mencuri tumpuan mengakui terbuka untuk mencuba sesuatu yang segar demi mengukuhkan kehidupannya semula.

BACA: “Yang Kata Fie Tak Suap Anak Tu Tahu Ke Teknik Ni?” – Dr. Fie Ajar Anak Makan Sendiri

Dia tidak menolak kemungkinan bergelar selebriti sekiranya ia sesuai dengan kerjaya dan imejnya sekarang.

“Dentist pun kena buat dua tiga kerja wak..” – Dr Fie

Perkara ini sudah tentu mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang mempertikaikan kebolehannya yang merupakan seorang doktor gigi.

Ha, jom baca penjelasan Dr. Fie ni sendiri. Maksud selebriti tu meluas kan?

Dr Fie

Dalam satu hantaran terbarunya, Dr Fie menegaskan dia tidak pernah bercita-cita menjadi artis, sebaliknya hanya mahu menjalani kerjayanya dengan cara yang lebih santai.

Tambahnya, dia bukanlah nak jadi pelakon atau penyanyi pun. Dia juga tahu siapa dirinya dan mahu menikmati je jalan yang tertulis.

Pssttt! Dr Fie sekadar membuka ruang kepada rezeki baharu, bukan mengejar glamor. Apa pun, keberaniannya menjawab kecaman dengan tenang menunjukkan dirinya semakin kuat. Penting untuk kita faham bahawa setiap orang berhak menentukan haluan sendiri tanpa dijatuhkan.

Kredit: Threads Dr Fie
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top