Celcom lancar solusi ancaman siber bantu perkhidmatan awam

Celcom lancar solusi ancaman siber bantu perkhidmatan awam

DI era teknologi digital hari ini, serangan siber dilihat semakin meningkat dan berterusan hingga membawa kepada kerugian yang besar kepada individu, perniagaan dan kerajaan.

Taktik menjadi lebih sukar dikesan kerana sistem keselamatan siber yang terlalu mudah ditembusi serta kurang kesedaran keselamatan siber dalam rakyat Malaysia.

Lebih membimbangkan, sebanyak 4,615 insiden keselamatan siber dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia dalam tempoh lima bulan sejak awal tahun lalu. (1)

Bahkan, kumpulan penggodam Anonymous Malaysia yang menggelar diri mereka Cyberpunk Team pernah mendakwa menggodam beberapa laman web milik kerajaan pada Januari tahun lalu.(2)

Ini menunjukkan serangan sebegini boleh dilakukan tidak kira dalam sektor kerajaan atau swasta mahupun individu sendiri.

Tanpa pelindungan yang kukuh, maka ianya akan memberi peluang kepada penggodam untuk mengeksplotasikan sesebuah organisasi.

Jadi, bagaimanakah organisasi boleh melindungi pekerja mereka, perniagaan mereka, rakan kongsi mereka dan keseluruhan masa depan digital?

Memahami keperluan ini, Celcom Axiata Berhad (Celcom) bekerjasama dengan Telefónica Tech, pakar keselamatan siber yang diiktiraf di peringkat global komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan ruang siber negara terus terdaya tahan, selamat dan terhindar ancaman serta serangan siber.

Perlindungan digital komprehensif

Untuk permulaan, Celcom Axiata Berhad (Celcom) menawarkan tiga penyelesaian keselamatan siber iaitu,  Digital Risk Protection (Perlindungan Risiko Digital), Vulnerability Risk Management (Pengurusan Risiko 

Kerentanan), Cyber Guard Device (Peranti Pengawal Siber) dan Cyber Risk Rating (Penarafan Risiko Siber) bagi mewujudkan ruang siber kondusif negara. 

Digital Risk Protection (Perlindungan Risiko Digital) adalah solusi untuk memantau sumber data dan kenal pasti ancaman terhadap jejak digital organisasi yang menggunakan teknologi, alatan dan kepakaran.

Ini sekali gus dapat memastikan sumber data sesebuah organisasi yang mengandungi data peribadi orang ramai daripada digodam serta dibocorkan untuk pihak ketiga.

Vulnerability Risk Management (Pengurusan Risiko Kerentanan) pula pelindungan dengan  menyediakan analisis untuk aset pelanggan dan keupayaan untuk mengenal pasti potensi kelemahan dalam maklumat sistem untuk mana-mana organisasi.

Melalui pelindungan ini, sistem dapat mengenal pasti dan membaiki ancaman dalam sistem anda melalui gabungan pengimbasan automatik 24×7 dengan pentesting berterusan dan pentesting manual oleh pakar.

Sementara, Cyber Guard Device (Peranti Pengawal Siber) adalah perlindungan bagi perkakasan dan sistem pengoperasian komputer (OS) untuk menangani ancaman siber yang lebih efektif.

Ini dapat membantu sesebuah organisasi memantau secara proaktif kelakuan peranti menggunakan teknologi pembelajaran mesin, sekali gus dapat menghalang telefon pintar dan tablet daripada digodam atau dikompromi.

Untuk Perkhidmatan Cyber Risk Rating (Penarafan Risiko Siber) pula menawarkan prestasi keselamatan organisasi secara dari luaran and holistik dengan penarafan keselamatan siber.

Ia mendapatkan pandangan 360 darjah tentang postur keselamatan siber anda, lindungi daripada ancaman dan memberi kuasa kepada anda untuk mengambil langkah proaktif dan menghapuskan kelemahan serta mengukuhkan postur keselamatan siber organisasi anda.

Solusi Celcom bantu negara hadapi ancaman siber

Celcom lancar solusi ancaman siber bantu perkhidmatan awam

Usaha Celcom ini dilihat mampu mengukuhkan lagi keupayaan Celcom dalam menyediakan portfolio penuh perkhidmatan keselamatan siber bertaraf dunia meliputi pelbagai industri dan organisasi di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Celcom juga sentiasa memastikan sesebuah organisasi berada selangkah ke hadapan daripada semua ancaman dan bersedia untuk sebarang situasi, sekali gus meletakkannya di barisan hadapan dalam industri.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai solusi keselamatan siber yang ditawarkan Celcom, layari pautan ini.

1.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/823713/kkmm-terima-4615-laporan-insiden-keselamatan-siber

2.https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/670051/cyberpunk-mula-menyerang

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top