mhafis@mediaprima.com.my
Bangi: Bayi lelaki berdepan detik cemas selepas tersangkut besi pelapik tungku dapur gas di bahagian leher di kediamannya di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 8.49 pagi dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba mendapati kanak-kanak berusia satu tahun terbabit tersangkut besi pelapik tungku dapur gas di bahagian leher.
“Anggota bomba kemudian berjaya mengeluarkannya dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd

