am@hmetro.com.my
Shah Alam: Siasatan berhubung tindakan tiga individu menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor Jumaat lalu, sudah selesai.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kertas siasatan berkenaan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Selangor esok bagi tindakan selanjutnya.
“Siasatan polis sudah selesai walaupun reman yang diberikan kepada tiga suspek berkenaan hanya dua hari (bermula semalam).
“Ketiga-tiga mereka diberi jamin dahulu dan esok kita akan rujuk kertas siasatan kepada TPR Selangor,” katanya kepada pemberita hari ini.
Harian Metro, sebelum ini melaporkan tiga lelaki ditahan polis kerana menceroboh masuk dalam kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di sini, petang kelmarin.
Ketiga-tiga lelaki berusia 31 hingga 35 tahun itu ditahan pada 7.30 malam dan siasatan mendapati suspek memasuki kediaman berkenaan melalui Pondok Pos Pengawal utama tanpa mengemukakan sebarang jemputan secara rasmi daripada kerajaan negeri.
© New Straits Times Press (M) Bhd




