Chef Wan terima pujian, kekal positif setelah didiagnos kanser – “Setiap penyakit menghapuskan dosa”

Chef Wan terima pujian, kekal positif setelah didiagnos kanser – “Setiap penyakit menghapuskan dosa”

Cef selebriti terkenal, Chef Wan berkongsi pengalaman peribadinya ketika menerim berita bahawa dirinya merupakan salah seorang penghidap kanser.  limfoma Burkitt, satu penyakit yang disifatkannya sebagai jarang berlaku.

Kekal positif terima ujian

Menerusi temu bual di audio siar Studio Sembang, Chef Wan berkata, doktor telah memaklumkan bahawa beliau menghidap kanser Burkitt (limfoma) yang merupakan satu penyakit jarang berlaku hanya mencatat sekitar 5 peratus kes di seluruh dunia.

“Doktor memberitahu, saya ada kanser Burkitt (limfoma). Penyakit ini jarang ditemui, hanya 5% sahaja dalam dunia,” katanya.

Mengimbau detik menerima berita tersebut, Chef Wan berkata beliau pada mulanya sukar untuk mempercayai kenyataan itu sebelum memberikan reaksi yang tidak dijangka kepada doktor.

“Saya tengok doktor dan kata, ‘saya tak percaya, saya ialah insan yang terpilih.’ Kemudian doktor cakap, ‘saya tak pernah jumpa seseorang yang positif seperti awak,” kongsinya.

Chef Wan turut mengakui pada ketika itu beliau berasa kosong dan berserah sepenuhnya terhadap ketentuan hidup, namun tetap reda sekiranya itu adalah pengakhiran perjalanannya.

“Ketika itu saya rasa kosong. Kalau ini adalah pengakhiran saya, maka saya akan menghadapinya seperti orang lain,” luahnya.

Namun begitu, beliau bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk hidup sehingga ke hari ini dan menganggap setiap ujian penyakit membawa hikmah tersendiri, termasuk sebagai penghapus dosa.

“Tetapi saya mampu bertahan sehingga usia 65 tahun dan saya ada hidup yang sangat indah, Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.
“Kerana setiap penyakit itu menghapuskan dosa kita,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Chef Wan dedah hidap kanser limfoma, terima takdir dengan hati terbuka

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya meluahkan rasa kagum terhadap ketabahan serta sikap positif beliau dalam menjalani hidup sebagai seorang penghidap kanser.

Positif dia lain macam

Moga sel kanser cepat hilang

Powerful mindset

Sumber: TikTok studiosembang

Scroll to Top