Chubb-E raih trofi Artis Baharu Lelaki Popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kuala Lumpur: Penyanyi, Chubb-E memenangi trofi Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam semalam.

Chubb-E atau nama sebenar, Muhammad Shahrul Ashlyn Awang Ashrul Affandy mencipta kejutan dengan menewaskan calon pilihan seperti Zynakal dan Yonnyboii dalam kategori itu.

Hampir lapan tahun berkecimpung dalam dunia seni dan pernah menyertai dua program realiti, trofi dambaan ramai bakat baharu itu akhirnya menjadi anugerah pertama dimenanginya.

Chubb-E pernah tampil dengan single Aku Tak Kisah pada 2018 disusuli Kita pada tahun lalu dan yang terbaru, Padan Muka.

Chubb-E mula mendapat perhatian apabila menyertai program realiti Dansa Dan Sing, tahun lalu.

“Saya tak jangka dan tergamam dapat berganding dengan artis berpengalaman. Terima kasih kepada peminat”, katanya.

“Ada usaha berkempen dengan peminat. Tetapi, saya tak sangka ia menyebelahi saya. Ini hadiah untuk mak ayah sebab hari lahir mereka jatuh bulan ini”, tambahnya lagi.

Sumber: BH

Akmal Hakim
Glamour Desk