Cik B Ikhlas Dalam Persahabatan, Tak Kisah Dipergunakan

Cik B Ikhlas Dalam Persahabatan, Tak Kisah Dipergunakan

Pempengaruh media sosial, Cik B berkata dia tidak takut seandainya ada individu cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya dalam persahabatan.

Menerusi perkongsian di Threads, Cik B berkata dia ikhlas dalam berkawan namun terserah pada individu tersebut.

BACA: “Kalau Pergi Karaoke Bolehlah” – Cik B Sedar Suara Tak Sedap

“Ramai tanya CikB takut tak orang gunakan CikB. Tak. Bila kita berkawan dengan ikhlas, kita akan ikhlaskan semuanya. Kalau dihargai syukur, kalau tidak pun tak mengapa,” katanya.

Bagaimanapun, Cik B berkata meskipun dia ikhlas berkawan dengan seseorang namun perlu mempunyai sempadan dan batas.

Perkongsian Cik B itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji keikhlasan dalam persahabatan namun ada yang bimbang jika ada yang mahu berkawan dengannya kerana duit dan kemahsyuran.


Scroll to Top