Pelakon Rita Rudaini berkongsikan dia bertemu dengan pempengaruh media sosial, Cik B serta menyifatkan anak muda itu seorang yang beradab.
Menerusi perkongsian di Threads, Rita berkata Cik B mungkin ada segalanya namun apa yang membuatkan dia lebih menyerlah adalah cara Cik B membawa diri.
BACA: “Saya Tidak Kehilangan Diri Saya..” – Rita Rudaini Imbau Luka Rumah Tangga
Menurut Rita lagi, apa saja yang mereka borakkan, Cik B menjawab dengan sangat matang dan tenang. Katanya lagi, tidak hairanlah ibunya iaitu Datuk Seri Vida memanggil anaknya seorang yang hebat.


Dalam pada itu, Rita berkata Cik B antara ikon yang boleh dijadikan contoh oleh anak muda serta mengucapkan tahniah kepada Vida kerana membesarkan anaknya itu menjadi seorang yang hebat.




