Cium nisan luah rindu, doa warga emas agar isteri tenang ‘disana’ buat ramai sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Siapa yang tidak sedih andai orang tersayang pergi meninggalkan kita buat selamanya. Pasti perasaan rindu yang hadir begitu mencengkam namun tidak dapat berbuat apa-apa selain menyedekahkan pahala berbuat kebaikan supaya roh mereka tenang di sana.

Dalam satu perkongsian video seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @princesseida37, dia telah berkongsi sedikit kisah bagaimana mereka sekeluarga begitu merindui ibu tersayang yang telah hampir setahun enam bulan meninggal dunia.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah tindakan bapanya yang membelai lembut batu nisan pusara isterinya sambil mendoakan agar roh allahyarham tenang dialam sana.

Melalui getaran suara warga emas itu, dapat didengar yang dia begitu sedih serta merindui kekasih hatinya yang terlebih dahulu pergi meninggalkan mereka semua.

@princesseida37

Mak adek rindu.. klu adek rindukan mak stengh mati… mcm mn dgn abah ..mak 😭😭 #fyp

♬ original sound – 🐝 eida 💙🤍💛 – 🐝 eida 💙🤍💛

Menurut pengguna TikTok itu lagi, bapanya setiap hari Khamis akan datang menziarahi pusara isterinya tanpa culas. Tambah wanita itu lagi, bapanya juga akan membawa anak-anak tiap kali melawat pusara ibu mereka.

@princesseida37

Reply to @kedahpadu 1 Thun 6 bln mak tinggalkn kami.. abah ttp sama.. tiap2 khamis akan Mai melawat mak.. 😭😭

♬ original sound – 🐝 eida 💙🤍💛 – 🐝 eida 💙🤍💛

Susulan daripada perkongsian tersebut, ramai yang tersentuh melihat betapa kasih dan cintanya bapa kepada pengguna TikTok itu kepada pasangannya sehingga arwah sudah meninggal dunia pun tetap setiap menziarahi pusaranya saban minggu bagi melepaskan kerinduan terhadap yang tersayang.

Warganet yang menonton video tersebut juga turut sebak tiap kali mendengar kata-kata lembut bapanya yang seolah bermonolog mendoakan isteri tercinta agar terus ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

 

Sumber: TikTok @princesseida37