Covid-19: Hampir semua wilayah di Itali di bawah zon putih

Covid-19: Hampir semua wilayah di Itali di bawah zon putih



Semua wilayah di Itali kecuali Val d’Aosta kini berada di bawah zon putih (berisiko rendah) pada Isnin. (Gambar AP)

ROM: Semua wilayah di Itali kecuali Val d’Aosta kini berada di bawah zon putih (berisiko rendah) pada Isnin selepas Basilicata, Calabria, Campania, Marche, Tuscany, Sicily dan wilayah autonomi Bolzano keluar dari zon kuning (berisiko sederhana), menurut data Covid-19 terkini.

Ini bermakna hampir semua sekatan Covid-19 negara itu dihentikan, kecuali diwajibkan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal, lapor ANSA.

Val d’Aosta dijangka bertukar dari zon kuning ke zon putih minggu depan.


Scroll to Top