Curi duit tabung surau kolej vokasional, bekas pelajar ditahan

Curi duit tabung surau kolej vokasional, bekas pelajar ditahan

am@hmetro.com.my

Beaufort: Bekas pelajar kolej vokasional, di sini ditahan selepas didakwa mencuri duit tabung surau di kolej itu semalam.

Remaja berusia 18 tahun itu ditahan pengawal keselamatan selepas dimaklum guru kolej yang menerima notifikasi kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kegiatan pada 9.01 malam.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata, suspek kemudian diserahkan kepada anggota Ronda Cegah Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort yang hadir ke tempat kejadian.

“Berdasarkan pemeriksaan di dalam beg suspek menemui wang tunai berjumlah RM228.20. Turut dirampas, tabung surau dan alat yang digunakan untuk mengumpil tabung berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, suspek direman selama empat hari sehingga 15 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd