Dah hubungi penganjur, Zul Ariffin umum tarik diri dari semua pencalonan di ABPBH

Dah hubungi penganjur, Zul Ariffin umum tarik diri dari semua pencalonan di ABPBH

Lama tidak mendengar khabar pelakon bertubuh sasa, Zul Ariffin. Paling terbaru adalah kegiatannya yang mengikuti dakwah bersama pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dan beberapa lagi artis popular Tanah Air.

Namun begitu, menerusi perkongsian terbaru pelakon tersebut di Instagramnya, dia memaklumkan kepada para peminatnya terutama kelab peminat zulariffinfc bahawa dia sudahpun menarik diri dari pencalonan Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH).

Tabah aktor kacak tersebut, dia juga telah menghubungi pihak Berita Harian memaklumkan penarikan dirinya dari semua pencalonan di dalam ABPBH ke 34.

Oleh itu, Zul Ariffin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat yang setia menyokong kerjayanya sehingga ke hari ini.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminatnya memberikan komen yang positif dengan tetap menzahirkan sokongan kepada aktor kacak berkenaan.

Mereka juga tidak kisah andai Zul Ariffin menarik diri asalkan pelakon kegemaran mereka terus berkarya dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

 

 

 

 

Sumber: Instagram Zul Ariffin

 

 

Scroll to Top