Kalau korang jenis yang “eh tak apa, biar aku bayarkan dulu” bila keluar lepak dengan kawan-kawan, mesti korang awkward nak minta diaorang bayar balik betul tak?
Lagi-lagi situasi tu dah lama berlaku, bila meminta-minta dalam group, rasa macam ‘mengemis’ pula. Padahal, itu duit kita…
Tak apa guys, jangan risau. Lepas ni korang dah tak perlu lagi dah menekan-nekan minta bayar balik, guna je ciri Ryt Groups dalam aplikasi Ryt Bank, confirm settle isu ni!
Asingkan, Kumpul & Bayar Semua Dalam Satu Aplikasi

Tahu tak, dengan Ryt Groups, korang dah tak perlu pening kepala buat pengiraan setiap orang berapa ringgit atau sibuk hantar resit dalam group tau!
Dengan ciri baru ini, ia akan menguruskan dan bahagi bil dengan lebih mudah. Macam mana?
Bila korang dah bayarkan untuk satu kumpulan, Ryt Groups akan terus asingkan serta buat pengiraan pembahagian masing-masing secara automatik. Baguskan?
Melalui fungsi Ryt Groups, ciri Ryt AI digunakan untuk mencerakinkan item pada resit secara automatik, membolehkan korang untuk menetapkan setiap item kepada individu yang memesannya dan membahagikan bil secara tepat, termasuk pengagihan Caj Perkhidmatan (Service Charge), SST dan pembundaran secara adil.
Selain itu, nak minta hutang lepas ni pun dah tak rasa awkward lagi dah sebab ciri ini mempunyai fungsi ‘reminder’ yang terbina dalam aplikasi.
Ia boleh tolong ingatkan kawan-kawan korang yang terlupa nak bayar secara berhemah, tanpa perlu korang karang teks panjang-panjang dalam group.
Paling best, ciri ini juga sangat telus di mana semua orang dalam kumpulan boleh nampak siapa yang dah bayar dan siapa masih pending. Macam ni barulah adil.
Jadi, lepas ni tak ada lagi dah masalah segan nak minta hutang balik. Guna saja ciri Ryt Groups dalam aplikasi Ryt Bank.
Ganjaran Menarik Menanti Sempena Ulang Tahun Pertama Ryt Bank

Untuk korang yang belum tahu, Ryt Bank ni adalah bank digital terbesar di Malaysia dalam tahun pertamanya, di mana 1.5 juta rakyat Malaysia telah memilih perbankan digital ini.
Lebih menarik, Ryt Bank kini rasmi menyambut ulang tahun mereka yang pertama tau! Maksudnya apa?
Maksudnya korang berpeluang untuk menikmati ganjaran menarik daripada mereka!
Ajak Kawan & Dapat RM100 atau RM5

Nikmati ganjaran RM100 atau RM5 dengan mengajak kawan-kawan korang untuk daftar Ryt Bank menggunakan pautan ini, https://rytbank.onelink.me/xS1y/q93sneya, masukkan kod rujukan RYT2026, kemudian minta mereka buat pemindahan menggunakan Ryt Groups.
Baucar foodpanda RM15
Istimewa untuk pengguna Ryt Groups, kalau korang cipta group dan bahagikan bil buat kali pertama, korang akan terus dapat baucar foodpanda bernilai sehingga RM15.
Ryt Card Edisi Terhad
Selain daripada ganjaran menarik, Ryt Bank juga melancarkan Ryt Card Edisi Terhad tau!
Fuhhh, kad khas ini tampil dengan reka bentuk yang super sleek, moden dan tampak sangat eksklusif, memang bergaya habislah bila korang keluarkan daripada dompet korang.
Tapi… Memandang kad ni pun edisi terhad, jadi siapa cepat, dia dapat sementara stok masih ada! Nantikan kad ini, akan datang tidak lama lagi!
Ryt Bank Ada Kejutan Buat Pengguna Tak Lama Lagi!

Korang ingat tawaran sempena sambutan ulang tahun yang pertama terhenti di situ je ke?
Jujur cakap, ada satu lagi kejutan yang Ryt Bank akan lancarkan tak lama saja lagi, dan apa yang kami boleh katakan ia adalah satu ciri pembayaran contactless yang sangat popular, mudah digunakan dan smooth je. Siapa boleh teka?
Kalau nak tahu, stay tuned dan tunggu pelancaran rasmi daripada Ryt Bank okay?
Pada masa sama, jangan lupa muat naik aplikasi Ryt Bank sekarang di Apps Store atau Google Play tau. Lepas ni tiada lagi dah isu siapa hutang siapa, siapa lambat bayar, guna saja ciri Ryt Groups, senang!
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Ryt Bank atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

