Dai Syed Menangis, Kini Bebas Daripada Tuduhan Merogol

Dai Syed Menangis, Kini Bebas Daripada Tuduhan Merogol

Pendakwah selebriti, Da’i Syed dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini, atas pertuduhan merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.

Memetik Sinar Harian, dua daripada tiga hakim memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan akhir Da’i Syed sekali gus mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan sebelum ini.

BACA: Da’i Syed Kekal Bersalah, Ke Penjara Hari Ini

Da’i Syed dilihat menangis apabila mendengar keputusan berkenaan di kandang tertuduh, manakala isterinya, Hana Ismail yang berada di galeri awam turut menangis.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah bersama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid merupakan hakim yang tidak menyokong keputusan majoriti berkenaan.

Pada 10 Disember 2020, Da’i Syed mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, sekitar jam 1.35 pagi 11 September 2019.

Sumber: Sinar Harian


Scroll to Top