Kecoh satu Malaysia apabila pelakon Abby Abadi membuat pendedahan berani mengenai keganasan rumah tangga yang pernah dilaluinya.
Perkongsian itu pantas mencuri perhatian ramai hingga mencetuskan pelbagai spekulasi dan perdebatan di media sosial.
Malah, nama Norman Hakim juga terus menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.
ARTIKEL BERKAITAN:“Dia P*kul Saya Sampai Berdarah, Separuh M*ti!” – Abby Abadi Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Dengan Norman Hakim?
ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Ada Sebab Berbaik, Tiada Keperluan” – Abby Abadi ‘Frust’, Norman Hakim Jumpa Anak Macam Orang Luar
Bagaimanapun, kontroversi rumah tangga pasangan pelakon berkenaan akhirnya kembali jernih selepas kedua-duanya mengambil keputusan untuk berbaik semula pada Sabtu lalu.
Menerusi sepotong video pendek yang dikongsikan Norman di Instagram, dia kelihatan memperlihatkan laporan media mengenai isu panas tersebut sebelum menunjukkan reaksi ‘santai’ Abby yang pada ketika itu berada disebelahnya.
Lebih mencuri perhatian, pasangan tersebut dilihat gembira meluangkan masa bersama-sama di sebuah pusat membeli belah.
Melihat reaksi tersebut, terdapat segelintir dalam kalangan netizen yang kurang senang dengan tindakan Abby yang didakwa sengaja mencari publisiti murahan.



Sedar dengan komen yang diberikan, anak sulung kepada pasangan tersebut iaitu Mohamed Danish Hakim tampil mempertahankan tindakan ibu bapanya.
“Ibu bapa saya semua orang baik.
“Saya anak mereka, saya tahulah,” balasnya ringkas.

Terdahulu, pada Ahad, Norman dan Marissa Dania tampil memohon maaf kepada Abby ketika aktres itu sedang melakukan sesi siaran langsung di TikTok.
@peah0163Bagus jugakkan bawak anak minta maaf kat ibu dia 😘 Didoakan semoga Abby jumpa jalan penyelesaian dari semua masalah ini.Dan diharapkan watak antogonis tersebut akan muncul pulak untuk meminta maaf 😏 siapa lagi kalau bukan Aslambul♬ bunyi asal – Peah




