Siapa yang tidak kenal dengan Farm Fresh, jenama susu tempatan yang telah menjadi kegemaran ramai. Tuan Azmi, yang lebih mesra disapa ‘Boss Susu’, telah membuktikan bahawa dengan usaha dan ketekunan, siapa saja boleh berjaya.
Dalam episod podcast kali ini, Boss Susu berkongsi perjalanan hidupnya yang penuh liku sebelum Farm Fresh tercipta. Beliau juga membuka cerita mengenai bagaimana jenama ini berkembang dan mencapai kejayaannya, selain menjawab pelbagai dakwaan mengenai Farm Fresh. Lebih menarik lagi, beliau turut memberikan nasihat bernas kepada usahawan muda dan generasi yang bercita-cita untuk memulakan perniagaan mereka sendiri.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan hidup Tuan Azmi Zainal dan rahsia kejayaan Farm Fresh, jangan lepaskan peluang untuk mendengar episod penuh podcast ini.




