Datin Seri Shahida Bawa Keluarga Dan 60 Staf Tunai Umrah

Datin Seri Shahida Bawa Keluarga Dan 60 Staf Tunai Umrah

Oh! Artis

Datin Seri Shahida bakal berangkat tunai umrah bersama keluarga, staf dan rakan niaga D’Herbs.


Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi khabar gembira apabila dia bakal berangkat menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci dalam tempoh terdekat.

Lebih menarik, isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri itu bukan pergi seorang diri, sebaliknya membawa bersama keluarga serta 60 orang kakitangan dan rakan niaga.

Persiapan umrah sedang dibuat Shahida

Aliff syukri
Kredit Foto Aliff Syukri

Menerusi perkongsian di Threads, Shahida memaklumkan persiapan untuk perjalanan mereka kini sedang giat dilakukan. Antara persiapan yang sudah dibuat termasuk menghadiri kursus umrah yang diadakan di pejabat D’Herbs.

Menurut Shahida, ramai dalam kalangan staf yang bakal menunaikan umrah buat pertama kali dan jelas kelihatan rasa teruja pada wajah mereka.

Genap sebulan lagi Mama (Shahida), Papa (Aliff) kami sekeluarga dan 60 orang staf serta rakan niaga akan berangkat. Hari ini kami semua menghadiri kursus umrah dekat pejabat D’Herbs. Ramai staf yang pertama kali nak pergi.

Nampak sangat terpancar keseronokan pada raut wajah mereka. Mama ni pun tak sabar tau nak pergi. Semoga dipermudahkan semuanya.- Katanya.

Ramai doakan urusan dipermudahkan

Aliff syukri datin shahida gaduh ohmedia

Perkongsian Datin Seri Shahida itu turut mendapat perhatian ramai di media sosial. Rata-rata netizen mendoakan agar perjalanan rombongan tersebut dipermudahkan dan dikurniakan keselamatan sepanjang berada di Tanah Suci.

Ada juga yang menjadikan pasangan usahawan itu sebagai inspirasi kerana dilihat tidak lokek berkongsi rezeki dengan pekerja dan rakan niaga.

Sebelum ini, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida pernah menerima pujian ramai apabila menaja pakej umrah untuk kakitangan mereka.

Pssttt! Dalam rezeki yang kita ada, paling indah bila ia dapat memberi manfaat kepada orang lain. Semoga urusan Datin Seri Shahida, Datuk Seri Aliff Syukri, keluarga, staf dan rakan niaga mereka dipermudahkan sepanjang menunaikan umrah nanti. Amin.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top