Detik hitam wanita dicabul rakan serumah

Detik hitam wanita dicabul rakan serumah

rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang wanita mengalami detik hitam apabila dicabul rakan serumahnya di sebuah kondominium di Jalan Cheras di sini, pada Khamis lalu.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira 2 pagi mangsa sedang tidur di dalam bilik sebelum menyedari beberapa bahagian badannya disentuh.

“Mangsa tersedar lalu mengambil telefon bimbitnya untuk menghubungi teman lelaki.

“Namun, lelaki itu dikatakan masih meneruskan perbuatannya menyebabkan mangsa bangun membuka lampu bilik dan suspek bertindak melarikan diri,” katanya.

Menurut sumber, suspek mengirim WhatsApp meminta maaf kononnya tersalah masuk bilik.

Katanya, mangsa yang tidak puas hati dan bimbang kejadian berulang tampil membuat laporan polis pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Aidil Bolhassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Beliau berkata, kes disiasat oleh Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top