Didakwa jatuhkan ‘rating’ GV9, Danial Zaidi mohon maaf -“Memang banyak kekurangan”

Didakwa jatuhkan ‘rating’ GV9, Danial Zaidi mohon maaf -“Memang banyak kekurangan”

Pelawak dan pengacara, Danial Zaini atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini memohon maaf kepada umum berkenaan kemunculan dirinya sebagai hos bagi program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), semalam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Danial di laman TikToknya, dia memaklumkan mendapat tanggungjawab menggantikan Nabil Ahmad pada saat akhir oleh pihak produksi.

@danial.zaini

🙏🙏 Ini kenyataan saya berkenaan dgn pengacaraan saya di minggu yg kedua gegar vaganza 2022 #gv9 #gegarvaganza2022

♬ original sound – Danial Zaini – Danial Zaini

Jelasnya, dia mendedahkan tidak dapat membuat persiapan dengan lebih awal malah, tidak sempat melakukan rehearsal sebelum program itu berlangsung.

“Mungkin ada yang tahu, ada yang tak tahu… Sebenarnya untuk musim ini, saya memang ada tapi diberi tanggungjawab mengacarakan GV Live Plus bersama Fiza Frizzy di saluran YouTube.
“Empat, ke lima jam sebelum program berlangsung, saya terima panggilan pihak produksi meminta saya datang awal kerana perlu menggantikan Nabil.
“Saya tiada pilihan lain selain kena datang sebab saya memang buat GV Plus dan hanya ada masa empat jam untuk sediakan baju malah skrip pun tak dapat lagi ketika itu. Apa yang anda lihat, itulah dia. Saya tak rehearsal dengan produksi semua,” jelasnya.

Tambahnya lagi, Danial mengakui menggantikan Nabil dalam program besar itu bukanlah sesuatu yang mudah dan dia memohon maaf dengan segala kekurangan yang berlaku, semalam.

Bukan itu sahaja, Danial mendakwa ada segelintir netizen mengatakan dia telah menjatuhkan rating dan merosakkan program tersebut ketika menjadi hos bersama Elly Mazlein.

 “Menggantikan pengacara selama sembilan tahun, Nabil Ahmad. Saya rasa bukan benda mudah, saya rasa mungkin banyak kekurangan saya.
“Saya nak minta maaf kepada semua penonton-penonton, peminat-peminat Gegar Vaganza. Kalau ada kekurangan… memang banyak pun kekurangan saya pada minggu ini di GV menggantikan Nabil mengacara bersama Kak Lina (Elly Mazlein).
“Saya mohon maaf, ada yang kata saya jatuhkan program, rosakkan rancangan. Tak reti mengacara, saya minta maaf. Saya susun sepuluh hari, saya minta maaf,” luahnya.

Sumber: TikTok @Danial Zaini