Tengking pekerja & sepak bakul pakaian, ‘marketing’ wanita ini raih kritikan netizen

Tengking pekerja & sepak bakul pakaian, ‘marketing’ wanita ini raih kritikan netizen

Tidak dapat dinafikan, setiap pemilik syarikat pasti mahukan yang terbaik demi menjaga kualiti produk yang dihasilkan oleh para pekerja mereka.

Baru-baru ini, tular di laman sosial seorang wanita yang dipercayai pemilik kepada syarikat sebuah kilang jahit menengking serta memarahi pekerjanya telah meraih reaksi negatif serta kritikan netizen.

Mana tidaknya, menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @mariyahholdings di laman TikToknya, kelihatan seorang wanita membuat tinjauan terhadap kerja yang dilakukan oleh pekerjanya.

@mariyahholdings

Replying to @Siti Sabariah madam tak pernah paksa pekerja madam tau . #fyp #fypシ #foryoupage #fypシ゚viral #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #kilangjahitpukal #mariyahholdings #soundtegak

♬ Sounds like a mystery music box – Yohei

Apa yang membangkitkan kemarahan netizen, dalam video itu wanita terbabit meninggikan suara tanpa rasa bersalah terhadap pekerjanya serta bertindak menendang sebuah bakul yang berisi kain pakaian.

 

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen menyifatkan tindakan wanita terbabit adalah tidak betul kerana ia hanya menyebabkan pekerja mereka melakukan tugasan dalam keadaan ketakutan.

Malah, ada juga netizen mendakwa wanita berkenaan bertindak sedemikian adalah untuk ‘marketing’ semata-mata bagi membuatkan lebih ramai lagi mengenali syarikatnya di media sosial.

Bagaimanapun, di sebalik perwatakkan tegas yang ditunjukkan oleh wanita itu, ada juga netizen mendakwa ia hanyalah sebahagian daripada lakonannya dan dia merupakan majikan yang baik kepada pekerja-pekerjanya.

Sumber: TikTok @mariyahholdings