Didakwa rentas negeri sekali lagi, netizen kenang ‘tweet’ 4 Mei 2020 Neelofa

Minggu ini, kisah usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Harris Ismail merentas negeri dan dipercayai membeli karpet di Nilai, Negeri Sembilan menjadi perbualan hangat di media sosial.

Baru sahaja di kompaun lebih kerana tidak menganjurkan majlis pernikahan tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan merentas negeri ke Langkawi beberapa hari selepas bernikah.

Hal ini membuatkan netizen mulai ‘menggali’ semula ciapan yang dibuat Neelofa pada tahun lepas mengenai kebimbangannya melihat orang ramai merentas negeri sebelum 4 Mei tahun lalu.

Justeru itu, ciapan tersebut kembali ‘meriah’ dengan komen-komen daripada netizen dengan mendakwa menulis dari masa depan kerana hari ini genap setahun selebriti berniqab tersebut menulis kebimbanganya di Twitter dan dipercayai melanggar larangan merentas negeri sebanyak dua kali.

Setakat ini, pihak polis Nilai telah memanggil Neelofa dan PU Riz untuk mendapatkan keterangan mengenai dakwaan yang tular berkenaan aktiviti rentas negeri yang dilakukan untuk membeli karpet di Negeri Sembilan.

Hal ini susulan tularnya beberapa keping gambar memperlihatkan pasangan tersebut berada di sebuah kedai menjual karpet di Nilai dan pastinya membuatkan orang ramai berang setelah isu merentas negeri yang dilakukan pada awal April tempoh hari.

Sumber: Twitter Neelofa