“Kalau mereka fikir benda itu arak, lantaklah kau orang”.
Demikian respons pelakon versatile, Sharifah Sakinah ketika disoal mengenai tindakannya memegang minuman didakwa arak ketika hadir pada sebuah acara sebelum ini.
Kata Sakinah, dia tidak kisah sekiranya warganet beranggapan minuman tersebut adalah arak dek kerana menganggap masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.
“Kalau kita nak buat jahat, kita tak payah buat terang-terangan.
“Kalau mereka fikir benda itu arak, lantaklah kau orang, kalau nak husnuzon, husnuzon lah…Kita serahkan segalanya kepada mereka.
“Tapi kita takkan pernah boleh tutup mulut netizen dan saya tak pernah reply,” katanya ketika ditemu bual bersama program Melodi.
Dalam pada itu, adik kepada Sharifah Shahirah ini memohon agar peminat dan individu di luar sana sentiasa berkata baik malah, tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap orang lain.
“Tolong berkata yang baik. Apa pun, kita tak boleh nak judge orang.
“Berpakaian seperti itu, kehidupannya seperti apa.. tapi nasionalisme tu tetap tinggi,” jelasnya.




