Pelakon versatil, Nabila Huda akhirnya berkongsi rutin penjagaan diri yang diamalkannya menerusi satu perkongsian di media sosial baru-baru ini.
Menurut Abil, kecantikan kulit wajah yang dimilikinya bukanlah hasil produk mahal, sebaliknya hanya menggunakan minyak kelapa asli yang disapu pada wajah sebelum tidur.
Selain itu, dia juga mengamalkan pengambilan minyak kelapa serta menjadikannya sebagai bahan kumur bagi mengekalkan kesihatan dan warna gigi agar sentiasa putih bersih.
“Ramai yang tanya macam mana saya jaga kulit saya. Jawapannya adalah, sebelum saya tidur saya akan letak coconut oil dimuka dan semua tempat. Lepastu saya minum.
“And ada lagi orang tanya, macam mana Kak Abil boleh jaga gigi sehingga putih? Ni semua original ya, kita tak ada palsu-palsu ya…semua original. Saya berkumur dengan coconut oildan saya berus gigi. Last but not least, ini kadang-kadang saya lupa, invasalign,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan manfaat minyak kelapa dan mengakui tidak hairanlah kecantikan Nabila sering dipuji kerana masih mengamalkan bahan semula jadi dalam rutin hariannya.








