“Hampir 90% Tentera Di Johor Undi BN” – Dr Asyraf Wajdi Harap Momentum Sama Berlaku Di PRN Negeri Sembilan

“Hampir 90% Tentera Di Johor Undi BN” – Dr Asyraf Wajdi Harap Momentum Sama Berlaku Di PRN Negeri Sembilan

Trending

Dr Asyraf Wajdi harap sokongan terus diberikan di PRN Negeri Sembilan.

Menjelang proses pengundian bagi anggota keselamatan, satu perkongsian daripada Setiausaha Agung UMNO iaitu Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencuri perhatian ramai.

Beliau menyentuh mengenai sokongan anggota tentera di PRN Johor terhadap Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Doa supaya pengundi memangkah dacing dan PN

Dr Asyraf Wajdi Bn

Menerusi perkongsian itu, Dr Asyraf mendakwa hampir 90 peratus anggota tentera di Johor mengundi BN.

Beliau berharap keyakinan yang sama diberikan kepada gabungan Dacing atau BN dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Selamat mengundi buat semua anggota keselamatan tentera dan polis. Di Johor hampir 90% tentera mengundi BN. Moga Allah berikan keyakinan untuk memangkah dacing (BN) dan PN di PRN Negeri Sembilan hari ini.

Tulis beliau lagi, saluran tentera hanya ada satu sahaja dan keputusan boleh dilihat daripada saluran tersebut. Namun katanya, undian secara individu tidak diketahui kerana ianya sulit.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan masyarakat mengenai gesaan pangkah gabungan dacing dan PN kali ini. Setakat ini, hantaran telah mendapat lebih 5,000 tanda suka dan 1,000 komen.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top