Pelakoan Que Haidar kesal dengan sikap segelintir netizen yang gemar mencari kesalahan orang lain di media sosial.
Difahamkan, Que meluahkan perkara itu selepas dituduh pengotor kerana mencungkil gigi ketika bersiaran langsung baru-baru ini.
BACA: “Sabar Ada Batas, Kalau Ikutkan Hati Dah Lama Tersebar Aib Awak” – Adik Que Haidar
“Pembersih sangat hidup dia. Kerja dia, masuk live orang cari kesalahan orang. Dia nampak pembersih tapi hati kotor dan busuk.
“Maafkan saya. Kan mak kita ada ajar, kalau tiada benda baik nak cakap lebih baik diam,” katanya.
Dalam pada itu, Que berkata setiap individu seharusnya menjaga tutur kata lebih-lebih lagi apabila meninggalkan komen di media sosial tanpa memikirkan dosa menyakiti hati orang lain.
“Jangan guna tiket disebabkan saya seorang selebriti kena terima sahaja komen orang. Tapi dosa awak tu, awak nak terima tak? Awak fikir tak bila awak tegur sakitkan hati orang, perkara itu dikira juga,” katanya.




