Pelakon dan pempengaruh media sosial Norreen Iman menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar bersama dua anaknya di Instagram.
Menerusi gambar berkenaan penampilan Norreen menjadi bualan apabila dilihat berambut pendek dan tidak lagi mengenakan tudung.
BACA: Norreen Iman Sah Bercerai Talak Satu

Diruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar Norreen kembali berhijab serta memberikan nasihat yang baik-baik buat pelakon itu.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan bahawa bertudung itu wajib buat wanita Muslim tidak kira ianya ikhlas atau tidak.

Turut menjadi perhatian, hantaran Norreen di laman Threads menjadi perhatian apabila meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya serta tidak melemparkan fitnah.
“Doa yang baik-baik sahaja. Tapi kalau dah level sampai fitnah ni, melebih,” katanya.




