Dr. Muhaya infaq program percuma demi pendidikan

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

KUALA LUMPUR – Sambutan luar biasa yang diterima pada sesi pertama Program Transformasi Diri Guru menyebabkan pihak Muhayya Momentum sekali lagi membuka penyertaan bagi sesi kedua program itu.

Lebih menarik, Program Transformasi Diri Guru 2.0 akan menampilkan kehadiran selebriti terkenal tanahair, Nur Fazura Sharifuddin sebagai tetamu undangan selain hadiah menarik turut menanti peserta yang terbabit.

Pengendalinya, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad berkata, Program Transformasi Diri Guru 2.0 adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksana kerana walau apa pun juga kondisi negara ketika ini.

Ini kerana jelas beliau, aktiviti pendidikan tetap perlu diteruskan demi memastikan golongan belia tidak ketinggalan dalam bidang akademik.

“Sebenarnya kalau kita perhatikan dalam apa juga kerjaya, kita akan melakukan sesuatu pekerjaan dengan diri kita, jadi kita perlu ada dua ilmu. Ilmu melakukan pekerjaan dan ilmu menambah baik meningkatkan keberkesanan orang yang melakukan pekerjaan itu.

“Jadi cara yang bonda berikan ini bukan untuk mengajar tetapi macam mana pengajar itu hendak meningkatkan taraf dari segi imej diri, sistem nilai, tabiat, tindakan dan Insya-Allah kepada hasil yang dilakukan.

“Secara peribadi bonda sangat percaya bahawa usaha kita membina ummah melalui gurulah ramai golongan celik ilmu dan cendekiawan dapat dilahirkan,” katanya yang membahasakan dirinya bonda.

 

Program Transformasi Diri Guru anjuran Muhayya Momentum siri pertama diadakan pada 21 Ogos yang lalu.

Beliau berhasrat menginfaqkan dirinya untuk melakukan transformasi diri guru secara percuma dan diharapkan program itu mendapat sambutan ramai.

Pakar bedah mata itu juga berkata, ia juga salah satu cara beliau menzahirkn kesyukuran dan penghargaan atas segala jasa baik guru-guru yang pernah mendidik bonda dari darjah satu sehingga tingkatan enam atas di Tun Fatimah Johor Bahru.

“Kemudian saya melanjutkan pula pengajian di Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM) dan jazah doktor falsafah (PhD) di London. Banyak yang bonda belajar dan interaksi antara guru bonda ambil sebagai suatu pelajaran,” katanya yang pernah menerima anugerah pengajar terbaik UKM.

Sementara itu, bagi mereka yang berminat menyertai program secara percuma bakal diadakan pada 18 September ini, bolehlah mendafttar dengan menekan link https://muhayyamomentum.com/order/form/transformasi_guru_2 atau hubungi talian 0194447449. – MalaysiaGazette