Drypers Jemput Influencer Ke Lawatan Eksklusif Di Vinda Mega, Bukit Raja | Branded – Oh! Media

Drypers Jemput Influencer Ke Lawatan Eksklusif Di Vinda Mega, Bukit Raja | Branded – Oh! Media

Drypers, salah satu jenama tempatan yang sangat dikenali di Malaysia menjemput sekumpulan influencer (KOL) keibubapaan untuk lawatan eksklusif ke Vinda Mega, Bukit Raja, Klang baru-baru ini.

Mengapa Drypers terus jadi pilihan

Menerusi usaha ini, Drypers mahu memperkukuh kepercayaan pengguna terhadap jenama Drypers sebagai jenama pilihan yang selamat dan boleh dipercayai.

Ketika lawatan ini, KOL berpeluang untuk melihat sendiri dedikasi Drypers terhadap aspek keselamatan, kebersihan, dan kelestarian dalam penghasilan produk Drypers. 

Drypers Products

Ia sekaligus membolehkan mereka berkongsi cerita yang menegaskan mengapa Drypers terus menjadi jenama yang “Dipercayai Ibu-ibu Malaysia.”

Program lawatan dimulakan dengan sesi penerangan dan latar belakang jenama Drypers, rangkaian produknya, serta komitmen terhadap ibu bapa di seluruh Malaysia oleh Yapp Pau Ling, Ketua Pengurus Vinda Malaysia.

Para KOL kemudiannya menerima taklimat ringkas keselamatan sebelum mengenakan PPE dan dibawa masuk untuk lawatan eksklusif di dalam kilang pembuatan Vinda. 

Saksikan mesin berteknologi tinggi beroperasi

Drypers Drypantz

Ketika lawatan, KOL berpeluang mengetahui proses pembuatan Drypers yang diperakui ISO, penggunaan bahan yang menepati piawaian Eropah, persekitaran penghasilan yang bersih, serta komitmen jenama dalam menghasilkan produk Drypers berkualiti tinggi.

Para KOL berkesempatan untuk menyaksikan sendiri operasi mesin yang berteknologi tinggi, memahami bagaimana pengurusan operasi 24 jam sehari bagi mengekalkan dan memastikan piawaian kebersihan yang ketat sentiasa dipatuhi, serta meninjau proses ujian sampel rawak di makmal kawalan kualiti.

Sesi lawatan diteruskan dengan kunjungan ke makmal, di mana para KOL berpeluang menyaksikan ujian kualiti yang dijalankan bagi memastikan keunggulan Drypers dari segi padanan, kebolehbernafasan, dan keselesaan

Program lawatan ini diakhiri dengan ucapan penutup oleh Christine Kok, Pengurus Pemasaran Kanan Vinda Malaysia, yang menyatakan bahawa dengan Drypers Superior Fit & Dry, ibu bapa pasti akan berasa lebih yakin memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Produk Drypers ini membolehkan si manja bergerak bebas dan membesar dengan cergas, mencapai potensi sepenuhnya, selaras dengan slogan jenama: ‘Hanya yang terbaik untuk si manja anda’.

author avatar

Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

Scroll to Top