DSV Belikan Azar Azmi iPhone 17 Pro Max, Telefon Pinjam Retak Teruk

DSV Belikan Azar Azmi iPhone 17 Pro Max, Telefon Pinjam Retak Teruk

Usahawan sensasi Datuk Seri Vida menghadiahkan Azar Azmi sebuah iPhone 17 Pro Max berserta ‘casing’ mahal selepas melihat telefon digunakan pelakon itu retak teruk.

Menerusi perkongsian di Tiktok, Vida berkata dia mahu membelikan telefon untuk Azar berikutan telefon yang dipinjam pelakon itu sudah retak.

BACA: Bukan Ikat Jamin Suami, Duit RM40,000 Aliff Syukri Untuk Langsai Hutang – Azar Azmi

“Kenapa saya nak belikan telefon untuk dia? Sebab masa ‘live’ dengan saya, saya tengok telefon dia… retak seribu dah.

“Telefon yang dia pakai pun pinjam je. Saya pun terus nak hadiahkan telefon telefon baru,” katanya.

Sementara itu, Vida berkata dia berpakat dengan pengurus pelakon itu tanpa pengetahuan Azar untuk membelikan telefon baru. Saya siap pilihkan ‘case’ yang mahal.

“Saya pilih iPhone 17 Pro Max 512GB supaya senang untuk dia buat kerja. Saya pilih apa yang saya suka untuk bagi dekat Azar,” katanya.

Dalam video berkenaan Azar kelihatan terkejut apabila Vida memaklumkan telefon dibeli itu adalah untuknya.

Dalam masa sama, Vida berharap hadiah tersebut dapat membantu Azar terus maju dalam kerjaya khususnya dalam bidang digital.

“Semoga Azar boleh melangkah lebih jauh, lebih hebat dan berjaya dengan adanya telefon pembuka rezeki yang membantu dia mencari rezeki dalam bidang online,” katanya.


Scroll to Top