Seorang wanita berkongsi kisah sedihnya di media sosial selepas menjadi mangsa scammer ketika ingin mendapatkan khidmat ‘cleaner’ rumah.
BACA: Scammer Perdaya Mangsa Guna Nombor Hotline Polis Port Dickson
Jelas wanita ini, dia baru je lepas habis berpantang dan merancang untuk pulang ke rumah sewa. Dia mencari ‘cleaner’ secara online untuk membersihkan rumah yang ditinggalkan selama 3 bulan.
Murah tak masuk akal

Saya tak tahu la saya ni bodoh ke apa. Nak cari cleaner untuk bersihkan rumah sewa sebab dah tinggal 3 bulan rumah tu, baru habis berpantang nak bawak masuk baby. Habis duet dalam acc bank. Boleh detect related sebab perasan harini tetiba nak check acc. Rasa tak sedap hati. Perasan related sebab takde buat online transaction pun dalam minggu ni.
Dia terpedaya dengan iklan yang sangat murah iaitu RM60 untuk empat jam. Dia menghubungi khidmat itu melalui WhatsApp dan diminta untuk bayar deposit sebanyak RM10.

Selepas tekan ‘link’ yang diberi, wanita ini proceed kepada pembayaran dengan memasukkan maklumat iaitu ID dan password seperti biasa.
Kemudian, scammer memberi alasan sistem ‘down’ dan memintanya memuat turun aplikasi lain. Tanpa mengesyaki apa-apa, wanita ini mengikut arahan seperti yang diminta.
Duit perbelanjaan bayi, minyak ke tempat kerja lesap

Namun, pada hari ‘cleaner’ patut datang ke rumah panggilan tidak dijawab. Dia memeriksa akaun bank dan mendapati duit telah lesap.
Sedih sangat rasa. Minggu depan nak masuk kerja. Duit tu la untuk belanja raya, beli pampers susu anak, duit tu jugak untuk survive pergi kerja minyak makan minum semua. Ya Allah dugaan sangat. Taktau la nak redha ke tak sebab sakit hati, sedih sangat. Tinggal RM10 dalam acc bank. Maybank dah freeze acc lepas buat report tadi.
Susulan kejadian itu, dia terus membuat laporan kepada pihak bank dan akaunnya kini telah dibekukan bagi mengelakkan kerugian lebih besar.
#ApaKataOhmedia
Kepada orang ramai di luar sana, jangan mudah terpedaya dengan iklan yang tidak masuk akal seperti ini. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau berkongsi maklumat bank melalui pautan yang mencurigakan.
