Pelakon Risteena tampil bersuara mempertahan adiknya, Ruhainies apabila ada yang mendakwa aktres itu mempunyai ‘sugar daddy’.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Risteena berkata pada awalnya dia tidak mahu masuk campur namun menerima tawaran untuk mencari individu yang menyebarkan fitnah tersebut.
BACA: “Demi Allah, Saya Tak Pernah Dibela Sugar Daddy”

“Saya memang tak nak masuk campur kes ni. Tapi saya dapat tawaran untuk cari salah seorang yang komen fitnah.
“Saya hanya bantu apa yang boleh saja. Saya sebenarnya teringin nak jumpa dia tapi terpulanglah kalau Ruhainies pilih dia untuk berjumpa.
“Kadang teringin nak jumpa orang macam ni untuk sembang je macam mana diorang ada masa untuk komen macam tu,” katanya.
Sementara itu, Risteena berkata hanya keluarga sahaja yang tahu bagaimana Ruhainies bekerja keras dan adiknya tidak perlukan sugar daddu kerana sememangnya mempunyai duit yang banyak.
“Kita orang yang family ni yang tahu dia kerja keras macam mana. Duit dia memang banyak. Tak payah sugar daddy bela dia.
“Sebelum ini rasanya kita memang dah ignore. Cuma kali ini kita buat sekali, percayalah lepas ni tiada lagi komen yang bukan-bukan. Kalau kita biar lagi kali ni, kita akan terus dibuli,” tulisnya.




